Jumpaan helium Pierre_Janssen

Pada 1868 Janssen menjumpai cara untuk melihat prominense suria tanpa kejadian gerhana. Pada 18 Ogos tahun yang sama, ketika melihat gerhana Matahari di India, dia menyedari gelung kuning terang dengan jarak gelombang 587.49 nm dalam spektroskopi khromosfera Matahari. Ini merupakan pemerhatian pertama garis spektral khusus ini, dan kemungkinan satu sumber baginya adalah satu unsur yang belum lagi dijumpai di bumi. Janssen pada mulanya dikutuk kerana tiada unsur pernah dikesan di angkasa sebelum dijumpai di Bumi.

Pada 20 Oktober tahun yang sama, Joseph Norman Lockyer turut melihat garis kuning yang sama pada spektrum suria dan memutuskan bahawa ia disebabkan oleh unsur yang tidak diketahui, selepas gagal menguji samaada ia merupakan jenis hidrogen yang baru. Ini merupakan kali pertama unsur kimia dijumpai pada dunia luar sebelum dijumpai di bumi. Lockyer dan ahli kimia Inggeris Edward Frankland menamakan unsur ini dengan kerkataan Yunani bagi Matahari, ἥλιος (helios).[1][2]